RAHSIA KEMERDEKAAN

Malaysia bakal menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke-52. Saban tahun bila tanggal 31 Ogos menjelang tiba, Jalur Gemilang pasti kita kibarkan, kata 'Merdeka' pasti kita laungkan, tanda semangat patriotisme kita terhadap negara yang tercinta. Namun begitu, adalah kita mengetahui apakah rahsia kemerdekaan negara yang dikecapi selama ini?



Kemerdekaan bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Jangan kita sesekali lupa bahawa kemerdekaan yang dicapai adalah berkat hasil perjuangan pemimpin-pemimpin pra-merdeka negara yang selama ini mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum. Sebagai pengekal tradisi, Semangat 1Malaysia yang diwawarkan oleh Perdana Menteri kita memang patut dijadikan satu ingatan atau pedoman hidup seluruh masyarakat Malaysia. Kita seharusnya bersikap sensitif dalam mengendalikan hal-hal yang berbau perkauman untuk mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain. Jangan kita memperjudikan kemerdekaan kita dengan mempertikaikan hak-hak atau mempersendakan agama atau kepercayaan mana-mana kaum di negara ini. Wakil rakyat dan pemimpin negara sepatutnya bersikap lebih pro-aktif dalam membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa konsep 1Malaysia bukanlah sekadar cakap-cakap kosong.


Semestinya tiada rahsia lain untuk memelihara kemerdekaan negara selain dari perpaduan. Bak kata pepatah 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Jangan kita biarkan satu hari nanti negara kita jatuh ke tangan penjajah asing hasil daripada kejahilan dan kedaifan diri kita sendiri. Akhir kata, semoga kemerdekaan kita dapat dipertahan dan dikekalkan buat selama-lamanya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ABOUT ME

My photo
True Mind is the Journal of Kelvin Poon who lives in Kuala Lumpur, Malaysia where he shares his thoughts & happenings in life.

BLOG ARCHIVE

SONG THAT I LIKE

CHAT BOX

VISITORS